“Perkongsian Pengalaman ‘Menarik’ IM (Internet Marketer) Malaysia”
April 11, 2010 by Aura Blogger
Filed under Ebook Percuma, Motivasi
Saya yakin bahawa setiap mereka yang bergelar IM Malaysia yang mengecapi kejayaan pernah mengalami kenangan pahit sebelum mencapai kejayaan yang diidamkan.Entri kali ini memang menarik perhatian saya setelah memuat turun ebook berkisah “Rahsia Di Sebalik Kejayaan IM Di Selongkar ” secara percuma. Kita tidak akan berjaya dengan hanya melihat kejayaan orang lain,justeru tindakan dan usaha yang berterusan di sulami hati yang cekal dan tabah menghadapi pelbagai rintangan akan menghasilkan kejayaan pada anda.
Apa yang menarik tentang ebook Rahsia Di Sebalik Kejayaan Di Selongkar adalah mengisahkan pengalaman-pengalaman mereka dalam bidang perniagaan internet antaranya ialah Zamri Nanyan,Catzer,Team Flare Biz,Ihsan a.k.a Deen,Sham Raja Adsense, Zul Smartusaha,Sukeri,Abooian,Alang,Yusry,Luvlee,Galadriel,dan akhir sekali Syed Ikhwan.
Apa yang akan mereka kongsikan?
1. Latar belakang ….Siapa mereka?
2. Bagaimana mereka boleh bermula dan memilih perniagaan internet sebagai empayar perniagaan mereka?
3. Konsep perniagaan pilihan mereka. Kenapa mereka memilih konsep tersebut.
4. Pengalaman manis pertama empayar perniagaan mereka.
5. Kegagalan atau kesilapan pertama yang pernah mereka lakukan DAN jangan anda lakukan.
6. Pengajaran yang mereka perolehi dari kesilapan tersebut dan langkah ‘pembetulan’yang di ambil.
7. Beberapa siri pengalaman pahit lain
8. Tekanan yang mereka hadapi dari kegagalan / kesilapan tersebut. Pernah terfikir untuk berhenti?
9. Apa yang ingin mereka lakukan jika diberi peluang untuk kembali ke masa memulakan perniagaan internet.
10. Pernahkan laman web anda di godam?
11. Pengalaman menangani pelanggan yang meminta ‘refund’. Bagaimana menanganinya?
12. Pernah di tertawakan ketika memulakan perniagaan anda? Bagaimana tanggapan mereka sekarang?
13. Sasaran pasaran perniagaan mereka
14. Apa yang mereka ingin lakukan pada masa hadapan
15. Pendapat mereka mengenai ‘perniagaan internet adalah indah khabar dari rupa’
Begitu banyak yang mereka kongsikan yang mana boleh di jadikan panduan untuk kita bersama.Banyak perkara-perkara menarik yang di kongsikan oleh para IM Malaysia anda juga boleh layari website http://www.ceritaim.com kerana pelbagai informasi terkini yang menarik perhatian.
Anda boleh memuat turun Ebook Rahsia Di Sebalik Kejayaan Di Selongkar [ klik di sini ].
Saya berharap dengan perkongsian pengalaman IM Malaysia ini dapat memberi sedikit sebanyak motivasi dan pembakar semangat untuk mereka yang baru sahaja menceburi bidang perniagaan internet supaya tidak mudah berputus asa walaupun pelbagai rintangan di hadapi.






